Pages

Tuesday, 15 May 2012

DIA DATANG LAGI! ;D

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya."
(An-Najm, 53: 39)

"Tiada kejayaan tanpa pengorbanan,
tiada pengorbanan tanpa keutuhan diri,
tiada keutuhan diri tanpa keyakinan & tiada keyakinan tanpa keimanan yang jitu pada Dia Yang Maha Berhak.."
(Farahin Adnan)
Kebanyakan students & termasuklah saya
selalu anggap yang
markah tinggi-tinggi, gempak, hebak, mantap & seangkatan dengannya
dinobatkan dengan suke & girangnye sebagai pelajar yang cemerlang & gah di seantero pra-sekolah, tadika, sekolah mahupun di universiti.

Dan kebanyakan students & termasuklah juge saya sekali lagi
akan mengeluh & kadang-kadang teriak
kalau dapat paper je
tengok-tengok
markah rendah, cukup-cukup makan minum, atas-atas pagar sekolah, ala-ala kadar & sama waktu dengannya.

Kita rabun & kadang-kadang, silau kan?
Ujian bukan hanya teletak pada kegagalan
Cubaan bukan hanya terletak pada kehampaan
Dugaan bukan hanya terletak pada keputus asaan.

Kita tak bersyukur.
Dapat markah sikit je
Dapat markah corot je
terus konyok-konyokkan kertas
remuk-remukkan paper
supaya kawan sebelah tak sempat nak intai.
Sikit lafaz syukur pun kita tak sempat nak ucap
Cube bayang
ramai lagi remaja sebaya kita ni
takde peluang langsung nak timba ilmu macam kita sekarang.
Kita insan yang terpilih & mempunyai tanggungjawab.
pernahkah kita terfikir?
Failure was essential to the creative process.
"Just look at me. I spent over a year making prototypes before I finally found the design that worked in order to design a commercially viable electric light bulb."
(Edison)
Kegagalan bukan untuk diratapi & bukan juga untuk dikesali
tetapi dijadikan kegagalan sebagai pembakar semangat diri
agar lebih bertenaga di kemudian hari.
Senyummm =)


Kalau agak-agak penyakit stress nak datang menyinggah,
cepat-cepat baca doa ni,
Bismillahirrahmanirrahiim
"Hasbunallah wa ni'mal wakiil.."
(Cukuplah Allah untuk menolong kami & Dialah sebaik-baik pengurus."

Haa, kan comel senyum cenggini.
Lepas ni, practice & amalkan!
Lepas dapat paper je,
depan lect/cikgu/ustaz/ustazah
terus senyum sebegini rupe
Biarkan masyarakat sekeliling tertanye-tanye berape markah kita ;D

Sebaliknya,
kejayaan juga merupakan salah satu bentuk ujian & cubaan dari Yang Maha Mengetahui.
Try duduk sorang-sorang
cube teka kenapa Allah tak berikan kejayaan & kemasyuran untuk kali ini?
Kita ingat Allah tak makbulkan doa kita.
Walhal sebenarnya,
kalau dilihat dari mata hati & bukan dari mata realiti
Allah nak selamatkan kita dari sesuatu.

Kemungkinan besar,
kalau Allah kurniakan kita kejayaan & kemasyuran pada ketika itu
kita akan bongkak, riak, pandang langit tinggi mendongak & pandang orang yang dibawah kerek tak beragak.
Kita tak mampu untuk cakap,
"tak mungkin la..
takkan aku macam tu kot.."
sebab Allah laagi Maha Mengetahui
segala yang tersirat & tersurat.
We've limited knowledge so we've limited freedom in our life. Don't think that u're the best planner because Allah is The Most Best Planner ever. We can't assume & predict exactly what will happen in our future. So, we've to depend on Him tightly because we've limited knowledge.
Just, keep on praying, never hesitate & trust on Him. 
Hebat kan rahmat Allah =)

Bagi mereka yang berjaya
tak beerti Allah tak nak selamatkan anda dari penyakit yang berbahaya kat atas tadi
tapi Allah sebenarnya telah
memilih anda
untuk memegang amanah & tanggungjawab yang besar
iaitu
kongsikan ilmu itu pada mereka yang lain & amalkan ilmu itu dalam kehidupan seharian.
Ilmu bukan hanya terletak pada transcript tetapi tersemat di dalam hati hingga ke akhir hayat.
InsyaAllah.


Ingat ni.
Kalau ilmu yang diajarkan kepada seseorang itu
diamalkan oleh mereka malah di 'share'kan juge pada mereka-mereka yang lain
pahala telah dikreditkan terus menerus ke dalam bank amalan anda selama mana ia masih di amalkan.
Andai kata telah sampai waktunya kita kembali menghadap Ilahi
jangan risau sebab pahala akan terus menerus juge di kreditkan.
Tak macam pelaburan saham kan? =)

Peringatan ini khas buat sahabat-sahabat & terutamanya untuk diri sendiri yang selalu sangattt lupe rentetan kurangnya makan kurma & kismis ;D

Bersyukurlah teman-teman =)

Kalau dalam exam hall,
tibe-tibe terlupe something yang dah kita study
Lecturer Islam & Psychology saya,
Madam Nadjet Aknouche
sarankan amalkan doa ni,
Bismillahirrahmanirrahim
اللهم يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه اجمع بيني وبين ضالتي


Dari Abu Darda',
bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Doa seorang muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab; pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas di mana bila ia mendoakan baik kepada saudaranya maka Malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan:
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."
(Riwayat Imam Muslim)

Jop sama-sama saling mendoakan!
Kebaikan bukan hanya pada zahir. Dalam kita menyorok-nyorok pun Allah boleh nampak & dalam kita berbisik-bisik pun Allah mampu mendengar =)


All the best & Bitaufiq wan najah untuk semua students di seantero dunia yang bakal menjalani FINAL EXAM for this semester terutamanya,
IIUM students yang bakal menghadapi Final Exam tidak lama lagi either in Kuantan or Gombak campus.


Moga ilmu yang kita perolehi dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian & mampu memberi sumbangan kepada agama Islam tidak kira course apa yang kita major.
Bukan Arabic, Usuluddin, Syari'ah, Irk  & course2 agama yang lain je boleh sumbang untuk Islam.
Econs, Architecture, Engin, Medic, Hs, Law, Edu, Benl, Ict, Nursing, Tourism, Banking & banyak-banyak lagi sampai tak mampu dah nak mention,
pun bole sumbang juge untuk Islam.
Siapa kata tak bole? ;D


TAJDIDKAN NIAT SEMULA,
STUDY KERANA ALLAH
BUKAN KERANA EXAM.

Allah doesn't require you to BE THE BEST AMONGST THE BEST,
He just wants u to DO YOUR BEST & He will take care of THE REST.
Be strong & keep on praying.
ALL THE BEST & YOU'RE THE BEST!


Dalam kita sibuk settlekan assignment & struggle yang boleh untuk final,
jangan sampai hubungan antara kita dengan Yang Maha Pengatur & Yang Maha Pencipta terabai.
Na'uzzubillah..
Kejayaan kita bukan terletak di atas usaha kita sepenuhnya
tetapi
kejayaan kita teletak 100% pada keredhaan Ilahi.
Habluminannas wa Habluminallah
"Katakanlah (Muhammad), 'Dialah Tuhan Yang Maha Esa'. Allah tempat meminta segala sesuatu.."
(Al-Ikhlas, 112: 1-2)


Ingatkan aku bila terlupa kerana aku sering terlupa.

.The Beauty of Islam.
Jop Mengislahkan Diri Sama-Sama! =)

Wednesday, 9 May 2012

PANDANGLAH DENGAN MATA HATI


Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin


Raihlah kebahagian dengan membahagiakan orang lain. Bagaimana mahu membahagiakan orang yang kita cintai jika diri kita masih belum bahagia dengan cinta Ilahi?

Hasni bertanya kepada adiknya, Hafiy:
“Kalau kakak bagi adik 1 biji oren, 1 biji lagi oren & 1 lagi oren, berapa biji oren yang adik dapat dari kakak?

Sepantas kilat Hafiy menjawab dengan penuh semangat& keyakinan:
“Empat!!”

Hasni kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana megharapkan jawapan yang diberikan oleh adiknya adalah 3 & bukannya 4. Hafiy, adiknya sudah mencapai 8 tahun. Darjah 2. Tetapi, soalan matematik yang mudah, masih belum dikuasai sepenuhnya pada sangkaan dirinya terhadap adik kesayangannya itu, Hafiy.

“Ya Allah. Parah dah ni kalau tambah tolak pun tak dapat pick up lagi. Nak kene hantar tuisyen si Hafiy ni. Zaman aku dulu, tyme subjek matematik je, siapa salah  jawab ke, lambat jawab ke, jalan itik satu kelas la gamaknye. Haihh..”

Hasni mengulangi soalan yang sama & meminta Hafiy mendengar dengan teliti.
Hafiy yang dapat membaca kekecewaan pada wajah kakaknya, mula mengira dengan jari-jemarinya yang comel itu. Kali ini dihitung lama-lama, dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuatkan kakaknya gembira.

Tanpa ragu-ragu, Hafiy mengulangi jawapan yang sama,
“4, kakak!”

Hasni masih kecewa dengan jawapan kedua Hafiy yang masih lagi salah. Kemudian dia teringat bahawa Hafiy suke sangat buah anggur.
“Okayy. Kita tukar buah eyh. Kalau kakak bagi adik 1 biji anggur, 1 lagi biji anggur & satu lagi biji anggur, berapa biji anggur yang kakak dah bagi kat Hafiy?”

Hafiy mengira lagi dengan jari-jemarinya. Comel mulut Hafiy terkumat-kamit mengira satu-persatu.
“3, kakak!”

Kali ini jawapan Hafiy tepat. Tersenyum kesyukuran Hasni.
“Pandaiii. Pandai adik kakak!”
“Okayy. Sekarang, kalau kakak bagi kamu 1 biji oren, 1 lagi biji oren & 1 lagi biji oren, berapa biji oren yang adik dapat dari kakak?

Soalan awal diulangi lagi buat kali ketiga, namun jawapan yang diberikan tetap 4.
Hasni hilang sabar. Disoalnya Hafiy dengan nada suara tinggi dari biasa.
“Macam mana Hafiy dapat 4 pulak ni? Cube kira-kira betul. Adik malas buat latihan yang ummi suruh, macam ni la jadinya.."

Hafiy terdiam. Berkaca-kaca mata adik Hasni. Sudah la kakaknya jarang pulang ke rumah. Hasni menyambung pelajarannya di Canada. Rindu kepada kakaknya pada ketika ini, dibalas dengan kemarahan pada sangkaan Hafiy..

Dengan suara perlahan & mata yang berkaca-kaca, Hafiy menjawab:
“Hafiy dah ada satu biji oren. Ummi yang bekalkan Hafiy oren tyme pergi sekolah pagi tadi. Tapi, Hafiy tak sempat nak makan. Tyme rehat, Hafiy main kejar-kejar dengan kawan-kawan Hafiy. Oren tu ada lagi dalam beg Hafiy. Kenapa kakak marah Hafiy. Kalau Hafiy bagi kakak oren yang ummi bagi tu, kakak marah lagi tak kat Hafiy? Hafiy da kira-kira betul-betul supaya kakak tak marah Hafiy. Supaya kakak sayang & bangga dengan Hafiy. Hafiy tak nak kakak marah kat Hafiy sebab Hafiy sayang sangatt kakak..”

Berkaca-kaca mata Hasni menahan sebak. Dipeluk cium adiknya. Sudah hampir 2 tahun Hasni beraya di perantauan tanpa ditemani keluarga yang di cintai. Sanggup aku marah Hafiy hanya kerana apa yang aku harapkan darinya, tidak dapat dipenuhi?

Ya Allah kurniakan aku kesabaran & pandangan mata hati atas tiap apa yang berlaku. Dilahirkan sebagai kakak & abang bukan dengan hanya sia-sia. Semua bersebab.
Cintailah adik-beradik kita sebagaimana kita mencintai diri sendiri. Darah yang mengalir pada mereka adalah darah yang sama mengalir dalam tubuh kita. Mereka adalah hadiah yang tercomel dari Allah & lebih comel dari anak-anak kucing yang sememangnya comel. Kesetian mereka melebihi dari kesetiaan teman baik kita sendiri.
Ya Allah kurniakan & limpahkan kasih-sayang antara kami adik-beradik & moga kami tergolong di kalangan hamba-Mu & anak-anak yang soleh & solehah.  Aamiin ya Rabbal Alamiin..


I wonder why you & me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute & see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny

Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance

Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family

It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry & I cry
We sleep & dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk & we smile

I care about you
And I wish you could realize
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you & me, me & you, we are one

By:
Maher Zain – One Big Family

Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza.
Tetapi jangan sekali-kali mendengar & menerima suatu tanggapan & pendapat yang sudah kita dijangka dari awal lagi.
Dengarlah & pandanglah dengan menggunakan mata hati & bukannya mata kasar kita.
Jika ada perbezaan pendapat, tidak bermakna 1 pihak je yang betul & 1 pihak lagi pule yang confirm-confirm salah. Kadang-kadang tak mustahil kedua-dua pihak betul atau kedua-duanya salah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Aku menjamin sebuah syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran meskipun ia benar. Dan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam gurauan. Dan sebuah rumah di syurga tertinggi bagi orang yang berakhlak mulia.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Kita selalu nak
Doa kita cepat-cepat dikabuli
Kehendak kita segera dipenuhi
Impian kita menjadi realiti
Permintaan & janji kita sentiasa ditepati
Arahan kita mesti ditaati
Kehadiran kita seharusnya disenangi
Idea & pahaman kita sepatutnya dipersetujui
Perasaan kita diamati & luahan hati kita didengari

Jop renung sat ,
Pernahkah kita cuba untuk memahami & menerima mereka sebagaimana kita mahu kita difahami & diterima oleh mereka?
Kita mahu Allah penuhi kehendak, impian & cita-cita kita tepat pada masanya.
Tetapi adakah kita sudah memenuhi kehendak-kehendak Allah dengan sempurnanya?
Ya Rabbi, jelas sekali aku hamba yang hina lagi lalai & leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara.

Allah berfirman di dalam Quran yang bermaksud:
“Mereka mengetahui yang lahir (tampak) dari kehidupan dunia; sedangkan terhadap (kehidupan) akhirat mereka lalai.”
(Ar-Rum, 30: 7)


Aku la tuu...

The Beauty of Islam
.Lets Mengislahkan Diri.

Saturday, 5 May 2012

MEMBINA MAHLIGAI DI SANA NANTI

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

Jangan meninggal dunia sebelum kita pasti rumah yang akan kita diami di akhirat benar-benar selesa untuk kita tinggal. Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi tiada bertepi. Jika rumah akhirat itu tidak selesa untuk kita, maka kita akan hidup kekal selamanya dalam ketidakselesaan itu sendiri.


Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk,
baginda Nabi s.a.w berlalu melintasi nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim bertanya:
"Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?"

Jibrail menjawab:
"Ini Muhammad s.a.w."

Nabi Ibrahim lalu berkata:
"Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di syurga. Sebab tanahnya sangat subur & kawasannya sangat luas."

Nabi s.a.w bertanya:
"Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?

Nabi Ibrahim menjawab:
"Ucapkan kalimat la hawla wa la quwwata illa billah."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad & disahihkan oleh Ibn Hibban)

BOOKING 'VILLA MEWAH' DI SYURGA!
Syurga ialah tempat kediaman terakhir bagi hamba-hamba Allah yang berbakti. Hadis di atas mengisyaratkan bahawa kita sendiri yang akan membangunkan tempat kediaman tersebut. Sesiapa yang menginginkan rumah yang megah dengan taman-taman yang indah di syurga, dia boleh menempahnya dari sekarang tanpa sebarang wang muka. Tak payah susah nak kene buat loan kat bank. Besttt kan! ;D

Al-Hafiz Ibn al-Dunya meriwayatkan daripada hakim al-Ahmasi:
"Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja untuk membangunkannya.
Apabila mereka ditanyakan:
"Mengapa kamu berhenti bekerja?"
Mereka menjawab:
"Kami sedang menunggu bahan-bahannya."

Macam mana arkitek & kontraktor nak bina sebuah rumah yang indah & mempersona kalau takde batu-bata, semen & bahan-bahan lain yang diperlukan kan?
Tapi yang bezanya, 'villa' kat syurga
bahan-bahannya tidak memerlukan sebarang charge & tax yang hebat.
Cume perlu zikir je. Tanpa zikir, tiada 'villa' untuk anda di 'sana' nanti.
Kalau zikir separuh-separuh,
kejap-kejap,
kadang-kadang,
ikut mood,
maybe 'villa' tu pun separuh juge agaknye. Ada dinding je.
Tapi takde bumbung, tingkap & pintu yang tercipta ;D

Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu tengah giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.

Ibn Rajab al-Hanbali bercerita,
Suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata:
"Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama 'Villa Kebahagiaan' (Dar al-Surur). Kami telah membina & menghiasinya dengaan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah 7 hari nanti rumah itu akan sempurna dibina."

7 hari kemudian, orang yang soleh itu meningal dunia.

ZIKIR & POHON SYURGA
Hadis ini & beberapa hadis yang lain mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat dari zikir-zikir yang dibaca oleh manusia.

Al-Tirmizi & al-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca Subhanallah al-azim wa bihamdihi,
maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga."

Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang membaca: 'Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar',
akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.

Menurut ramai ulama', makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia temasuk aktiviti menuntut ilmu.

Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah:
"Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil & bacaan Quran."

Tokoh tabiin yang lain,
bernama 'Ata' bin Abi Rabah berkata:
"Majlis zikir ialah majlis halal & haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji & yang seumpamanya."

WANGIAN DARIPADA PELBAGAI MINYAK WANGI
Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:
"Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal & tidak mampu dibeli."

Benar ucapan beliau. Selama mana nyawa masih dikandung badan,
sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Tak memerlukan pembiayaan yang banyak. Kalau nak bina sekarang di atas dunia, takde ongkos. Al-maklum kerana masih bergelar seorang student. Lagipun, cukup la sekadar yang mampu & tak perlu untuk terlalu bermewah-mewahan di atas dunia ni sebab rumah tu takkan bertahan lama. Kiamat sudah dekat ;D
Tetapi dengan hanya mengucap tasbih & tahlil,
kita telah menanam pokok di taman-taman syurga yang abadi.

Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk mebangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah-indahnya. Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah & zikir setiap masa.

Salah seorang tokoh tabiin yang memiliki kisah sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah dalam setiap keadaan. Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetapi tidak menghentikan zikirnya. Subhanallah..

Sa'id bin zaid berkata:
"Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi."

Malik bin Dinar berkata:
"Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakkannya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari."

Masya Allah. Bagaimana pula kita? Bila depan makanan, dalam keadaan yang tersangattt lapar, sampaikan ada yang terlupe nak baca doa before makan. Kalau lupe berdoa before makan, maknanya lupa Allah la tuu. Allah yang memberi nikmat. Sudah la lupa Allah, ajak syaitan makan sekali lagi. Isk Isk. Na'uzzubillah..
Tetapi, Abdullah bin Ghalib, sedangkan dalam perbincangan pun, masih meneruskan zikirnya. Andainya kita terus menerus berzikir, pasti tiada umpatan sesama sendiri akan terjadi..

Semoga Allah meringankan lidah-lidah kita semua untuk berzikir menyebut nama-Nya agar semakin indah & hijau kediaman kita di syurga Ilahi kelak. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah berfirman:
"Aku bersama  hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku & kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)."
(Riwayat Ahmad & Ibn Majah)


Aku hanya seorang pengembara yang hanya mempunyai ilmu lebih kecil daripada kecilnya biji sawi,
Sebab itu kadang-kadang aku tersesat.
Aku hanya seorang pelakon yang terlalu banyak kekurangannya & terlalu sedikit kelebihannya.
Sebab itu aku selalu terlupa 'skrip' & tujuan kehidupan yang sebenar.
Aku hanya seorang penyelam di dasar lautan yang dalam tanpa membawa kelengkapan yang secukupnya.
Sebab itu aku lemas tanpa bekalan yang sepatutnya.

Siapa aku?
Ya.
Aku adalah seorang hamba yang serba-serbi kekurangan,
seorang hamba yang tidak punya harta kekayaan,
seorang hamba yang acap kali melakukan kekhilafan.
Perlu diketahui bahawa
Aku bukanlah seorang hamba yang penuh dengan kesempurnaan.
yang terlalu bersih dari secalit kecacatan,
yang terlalu suci dari sekelumit kehinaan,
yang tidak pernah terlepas dari dosa kemaksiatan.

Aku hanya seorang yang tak punya apa & ingin berkongsi apa-apa.
Selagi Allah memberi kesempatan kepada kita semua,
lakukan kebaikan walau kecilnya hanya sekecil setitis air.
Allah tidak menilai sebesar mana sumbanganmu,
tetapi segigih mana usahamu, seindah mana keikhlasanmu & selurus mana niatmu.


Kalau tak percaya, baca ni.
Allah ada berfirman di dalam Quran yang bermaksud:
"Dan bersabarlah, kerana sesugguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(Hud, 11: 115)

.The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)

Tuesday, 1 May 2012

KAMI MERINTIH, YA ILAHI

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin


I’m about to lose the battle & cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me…
My heart is so full of regret
Forgive me…
Now is the right time for me to repent, repent, repent..

Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to

by:
*Maher Zain - Forgive Me*


Aku kata “Astaghfirullah”
tetapi hatiku masih gemar akan maksiat..

Aku kata “wa atubu ilaih”
tetapi jasadku masih melakukan dosa sama..

Aku kata “wa nadimna ya Allah”
tetapi kesilapan lalu masih kuulangi..

Aku kata “Subhanallah”
tetapi aku tidak mampu menghayatinya..

Aku kata “Alhamdulillah”
tetapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya..

Aku kata “Allahuakbar”
tetapi cintaku lebih kepada dunia..

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah”
tetapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal..

Aku kata “aku tak layak ke syurga
tetapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan
aku kuat untuk rasa pedih api neraka..

Aku kata aku ingin mendekati-Mu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku..

Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia..

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal..

Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa..

Sayyiduna Zaid bin Arqam meriwayatkannya dengan berkata yang bermaksud:
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
'Pada Hari Kiamat, seseorang didatangkan & dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ususnya terburai & dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling.

Lalu penghuni Neraka berkumpul dan bertanya kepada orang terbabit, 'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf (hal baik dan benar) dan melarang perkara yang mungkar (hal buruk dan salah)? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya.'"
(Hadith Riwayat Imam Bukhari)

by:


Ya Allah Ya Ghaffur,
ampunilah aku..
ampunilah mereka-mereka yang aku kasihi
ampunilah mereka-mereka yang aku cintai
ampunilah mereka-mereka yang aku rindui
ampunilah mereka-mereka yang aku dampingi
terimalah taubat kami
Sesungguhnya kami hanya seorang hamba yang sangat-sangat memerlukan-Mu..

Dalam aku terkapai-kapai di dalam lautan kekhilafan
Dalam aku terapung-apung di dalam tasik kealpaan
Sedang aku lemas di benua kelalaian
Sedang aku berdiri di puncak keegoaan
Masih ada mereka yang sudi menunjukkan aku ke jalan yang Kau redhai
Ya Allah Ya Samad
Kurniakanlah kebaikan ke atas mereka yang menunjukkan aku ke jalan yang Kau redhai
sehingga ke akhirnya 
Sesungguhnya
Aku hamba yang hina & insan biasa yang tak punya apa
Ya aku punya hanyalah
Engkau, Ya Malik


Dunia adalah lautan yang dalam & telah banyak manusia yang tenggelam.
justeru itu,
sediakanlah perahu untuk belayar & ia adalah Taqwa kepada Allah..
(Luqmanul- Hakim)

.The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri


Friday, 27 April 2012

MARI BIASAKAN YANG BETUL

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

Educate & train yourself from now on before you educate & train your own children in the future =)

Budaya membawa anak ke masjid untuk solat berjemaah adalah satu didikan supaya mereka menjadi generasi yang mendirikan solat berjemaah & menanamkan rasa cinta kepada masjid serta menyuburkan dakwah.

Berkenaan persoalan kanak-kanak yang berada di dalam saf orang dewasa sama sekali tidak menjejaskan sah atau tidak solat seseorang itu & bukan sebagai pemutus saf solat seperti yang didakwa orang ramai.

Sandaran ini merujuk hadith daripada Anas bin Malik r.a, beliau berkata:
"Aku solat bersama-sama anak yatim di rumah kami. Kami di belakang Rasulullah s.a.w & ibuku; Ummu Sulaym di belakang kami."
(Riwayat Al-Bukhari)

Hadith ini menerangkan bahawa ketika Anas solat bersama-sama Rasulullah s.a.w & seorang anak yatim, Anas berdiri bersama-sama anak yatim di dalam saf di belakang Rasulullah s.a.w. Jelas dibolehkan kanak-kanak berdiri bersama-sama orang dewasa di dalam 1 saf.

Jika tidak dibenarkan, sudah tentu Anas akan berdiri di sebelah kanan Rasulullah s.a.w. Jelas di sini, Anas berdiri bersama-sama anak yatim untuk membuat 1 saf di belakang Rasulullah s.a.w.

Manakala Ibn Hajar al-Asqalani berkata:
"Ibn Abbas pasa suatu masa beliau belum baligh pernah ikut serta menyaksikan haji wada' & beliau duduk bersama-sama (di barisan) orang dewasa."
(fath Al-Bari, jil. 3, halaman. 242)

Meletakkan kanak-kanak bersebelahan bapanya dalam 1 saf sebenarnya lebih terjamin agar anak-anaknya tidak bermain & membuat sebarang perbuatan yang pasti menggangu para jemaah yang sedang solat. Menjadi tanggungjawab penjaga kanak-kanak supaya mengajar mereka tentang cara penyempurnaan saf dalam solat iaitu lurus & rapat supaya tidak menjejaskan kesempurnaan solat.

1 perkara yang agak menyedihkan ialah larangan membawa kanak-kanak ke masjid. Ada pihak yang merasakan kehadiran kanak-kanak akan mengganggu solat atau mengotorkan masjid.

Sepatutnya, kanak-kanak tidak dihalang datang ke masjid, tetapi sikap prihatin ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang diperlukan supaya dapat mengawal & menegur anak masing-masing jika ada sebarang tingkah laku yang boleh mengganggu suasana ibadah di dalam masjid.

Pernah Rasulullah s.a.w sedang beriktikaf di dalam masjid & mendengar seseorang menguatkan suara ketika membaca Al-Quran. Baginda kemudian membuka hijab (tempat beliau iktikaf) & bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu menyakiti & janganlah kamu slaing menguatkan bacaan antara 1 sama lain ketika membaca  Al-Quran."
Dalam Riwayat yang lain: Dalam hal bacaan ketika solat.
(Riwayat Abu Daud no. 1332)

Kanak-kanak juga perlu diawasi sikap & tingkah laku mereka agar tidak membuat bising. Papan tanda larangan kanak-kanak memasuki masjid boleh digantikan dengan papan tanda adab buat kanak-kanak ketika berada di dalam masjid sebagai panduan & nasihat kepada para jemaah yang membawa anak mereka ke masjid.

by:
Ustaz Fadzli Al-Yamani

Hasil sesuatu barang yang berkualiti adalah keluaran dari kilang yang berkualiti. Anak yang soleh & solehah adalah hasil dari didikan keluarga yang soleh & solehah.
Bagaimana hendak memberi sesuatu jika kita tidak memiliki sesuatu?
Miliki akhlak yang cantik agar kau bisa mengukir & memahat akhlak yang tercantik buat anak-anakmu.
Didik diri kita dari sekarang jika keturunan yang soleh & solehah yang kita idam-idamkan. Keturunan yang bakal mendiami Syurga Ilahi..

You are a miracle
You are a blessing from above
You brought joy to my soul
And pleasure to my eyes
In my heart I can feel it
An unexplainable feeling
Being a father
The best thing that I could ever ask for

Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I’m so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you’ll find your way

You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl
You’re like a shining star
So beautiful you are
My baby girl
You light up my world
I pray that I’ll get the chance
To be around and watch you grow
And witness your first steps
And the first time when you will call me “dad”
I could spend hours watching you
You’re so innocent, so wonderful and pure
O God I can not express my gratitude!
But I’ll raise her good, ‘cause all I want is to please You
And now I pray You’ll guide her steps forever


by:
Maher zain - My Little Girl


Betulkan yang sudah terbiasa & biasakan yang sebetulnya =)

.The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)