Pages

Wednesday, 29 February 2012

SAIDINA ALI R.A & PENGEMIS

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Kemiskinan harta bahayanya hanyalah di Dunia,
namun kemiskinan iman & ilmu bahayanya dibawa ke alam Akhirat.


Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin



Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan..

Saidatina Fatimah r.a, isteri Saidina Ali r.a didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali r.a mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali r.a bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah r.a. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali r.a menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi & Saidatina Fatimah r.a memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali r.a dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan & ingin menjualkan untanya. Saidina Ali r.a tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali r.a berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali r.a pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali r.a pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali r.a lalu bertanya
"Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual & membeli unta itu?"
Apabila Saidina Ali r.a mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Malaikat Jibril & yang membelinya ialah Malaikat Mikail.



Whatever you send into the Universe comes back. Action re-action are equal & opposite.
Therefore,
say good things to everyone.
Treat everyone with total respect & it will all come back..

"Never worry about what you are going to get,
just concentrate on what you can give.."
(Bob Proctor)


.The Beauty of Islam.



Wednesday, 22 February 2012

KEEP ON PRAYING!

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin

Allah Taala berfirman:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan  permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) & hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.."
(Al-Baqarah: 186)



Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk Solat Istiaqa' & berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru & para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah.
Tetapi keadaan masih tidak berubah..

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot & rambut yang kusut berjumpa Khalifah.
"Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku."
Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu.
"Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak & abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?".
Pemuda itu menjawab,
"InsyaAllah doa kita akan dikabulkan!". 

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat & berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya,
"Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah."
Pemuda itu menceritakan,
"Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu & merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu & terus mengabdikan diri kepada Allah."
Khalifah mengucapkan terima kasih & terus sujud syukur kepada Allah..
"Dosa yang membuatkan kamu menyesal & bertaubat kembali pada-Nya lebih disukai Allah daripada kebaikan yang kamu buat tetapi menjadikan kamu bermegah-megah dengan kebaikan itu.."
(Ali bin Abi Thalib r.a)

Allah Taala berfirman:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri & (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya & berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) & juga perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.."
(Al-A'raf: 55-56)


Allah Taala berfirman:
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu & pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.."
(Al-A'raf: 180)

Semasa Saidina Umar r.a pergi mengerjakan umrah,
Nabi Muhammad s.aw pernah meminta Saidina Umar r.a mendoakannya walhal Nabi itu maksum.
Begitulah doa. Sesiapa sahaja boleh kita minta mendoakan kita kerana kita tidak tahu doa yang mana satu Allah maqbulkan..


.The Beauty of Islam.


Friday, 17 February 2012

ANDAI MASANYA BELUM TIBA..

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin


Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

"A woman’s heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her"

بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Ilahi,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama & akhlak yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,
cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah Ya Mujiib,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah & mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah Ya Hakiim,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah & iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah Ya 'Aliim,
Andai aku bukan tercipta untuknya,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin



"Sometimes the best & the most beautiful
things in the world cannot be seen,
cannot be touched,
but can be felt in the heart"




Penulis :
Aredee Nawawi

Sources:


"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami.."

.The Beauty of Islam.

Thursday, 16 February 2012

MAAFKANKU SAHABAT


Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin

“Kegembiraan ibarat semburan pewangi,
pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda..”

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian,
kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang sangat memahami.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan & kejujuran seorang sahabat,

begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu..

Kita cuma mengambil kira tentang harapan & perasaan diri kita sendiri.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan & membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu,

terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita,

dia juga tahu rasa kecewa.
Tetapi kita sering terlupa. 

Untungnya kita mempunyai sahabat yang sentiasa memahami.
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. 
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa & ketakutan. 
Harapan ,cita-cita & impian juga kita luahkan padanya. 
Dengan izin Ilahi, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. 
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita sehingga 
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. 
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk 
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya & rasa gelisahnya? 
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? 



Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan & berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa & ingin menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai,

boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati & perasaan sahabatmu..
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, suka, sedih & kecewa.
Dia juga ada kelemahan & memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan
Jadilah kau sahabatnya itu..
Kita selalu melihat dia ketawa,

tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kau sangkakan & tidak sekuat yang kau rasakan.
Di sebalik senyumannya mungkin terdapat 1000 kesedihan yang ingin diluahkan.
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan 1000 kekalutan yang ingin diceritakan.
Di sebalik kegembiraannya mungkin tersingkap 1000 kegusaran yang ingin dikongsikan.
Kita tidak akan pernah tahu..
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,

mungkin kita
akan tahu..



"Jangan sesekali kau bersahabat kerana kebaikan & kesempurnaan yang kau lihat pada zahirnya tetapi bersahabatlah untuk mencari keredhaan Ilahi kerana kelak kau bakal kecewa pabila kekurangan & tidak kesempurnaan ada pada sahabatmu.
Memang begitu. Tiada siapa yang sempurna. Kekurangan yang ada padanya bukannya untuk dibanding-bandingkan tetapi untuk kau sempurnakan.."



“Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan..”
(Dale Carnagie)


“Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik.
Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik..”
(Hukamak)


.The Beauty of Islam.


Sunday, 12 February 2012

SAIDATINA FATHIMAH AZ-ZAHRA R.A & GILINGAN GANDUM

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin

When you feel all alone in this world & there's nobody to count your tears,
just remember no matter where you are Allah knows..



"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami.."

Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anakandanya Fathimah Az-Zahra r.a. Didapatinya anakandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anakandanya,
"Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah? semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis".
Fathimah r.a. berkata, "Ayahanda, penggilingan & urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakanda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anakandanya. Fathimah r.a. melanjutkan perkataannya,
"Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolong anakanda menggiling gandum & mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah".


Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia & diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillahirrahmaanirrahiim.."
Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anakandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut
 "Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT.."
Maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih,
"Ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan Baginda dengan kebenaran sebagai Nabi & Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq & Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : 


Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka & mereka mengerjakan apa yang dititahkan.."


Maka hamba takut, Ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu,
"Bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah Az-Zahra di dalam syurga." Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.




Rasulullah SAW bersabda kepada anakandanya,
"Jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan & dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu & diangkat-Nya untukmu beberapa darjat.
Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya & anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan & mengangkatnya satu darjat.


Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya & neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya & menyisir rambut mereka & mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada 1000 orang yang lapar & memberi pakaian kepada 1000 orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.



Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa redha suami itu daripada Allah SWT & kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT? Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya & Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari 1000 kebaikan & menghapuskan darinya 1000 kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang fisabillillah. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun & akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga & Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala 1000 haji & 1000 umrah serta beristighfarlah untuknya 1000 malaikat hingga hari kiamat.




Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati & ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua & Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau & dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu & rambut yang ada pada tubuhnya 1000 kebaikan & dikaruniakan Allah untuknya 1000 pahala haji & umrah.
Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat.


Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "Teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".
Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya & janggutnya & memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga & Allah SWT akan meringankan sakarutulmaut-nya & akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka & selamatlah ia melintas di atas titian sirat".



Wanita solehah yang cantik melukis kekuatannya pada masalahnya. Ia tersenyum saat tertekan, tertawa di saat hati sedang menangis, memberkati di saat terhina, mempesona karena memaafkan serta bertambah kuat di dalam doa & pengharapan..


Friday, 10 February 2012

KISAH SI ANAK KUCING YANG KECIL

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin..


Why are you sad when one doesn't give you their attention?
No worries because Allah is always by your side giving you His attention..


Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. Kata kuda itu : “Kamu pasti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui kalau pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya. Saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis & bongkak. 

Anak kucing yang kecil itu menundukkan kepalanya & pergi. Lalu dia mendengar seekor lembu di kandang sebelah berkata : “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab tuan di sini membuat keju & mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh & bangga.

Teriak seekor keldai : “Hoi lembu! Kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Saya memberi mantel bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu mengenai anak kucing kecil itu, sememangnya kamu memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam percakapan itu sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan & peranan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur. Semua binatang sepakat kalau si anak kucing yang kecil itu adalah mahluk yang tidak berguna sama sekali & tidak mampu memberikan apapun sumbangan kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, anak kucing yang kecil itu pergi ke tempat sepi & mulai menangis meratapi nasibnya. Sedih rasanya. Sudahlah yatim piatu, dianggap tidak berguna, disingkirkan dari pergaulan lagi..


Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si anak kucing yang kecil mungil itu. 

“Saya tidak dapat memberikan layanan kepada keluarga disini & sayalah haiwan yang paling tidak berguna disini.” 

Kata anjing tua itu : “Memang benar bahawa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati, kamu tidak bisa memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak bisa kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk membawa kegembiraan & kebahagiaan. ” 

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang & tampak amat lelah kerana perjalanan jauh di panas terik matahari. Anak kucing yang kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya & melompat ke dalam pelukan tuannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang & anak kcuing yang kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria. Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat & mengusap-usap kepalanya, serta berkata : “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sinar & indah bila kau menyambutku semesra ini. Kamu sungguh yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini, kecil-kecil kamu telah mengerti ertinya kasih..”


Jangan sedih kerana kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu, tetapi apa yang kamu dapat lakukan, lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya.. 

Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan & orang yang rendah hati akan ditinggikan.


"Everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself.."
(Leo Tolstoy)


Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
“Bertaqwalah kepada Allah dimana jua engkau berada & balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya kebaikan itu akan menutupi keburukan & bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik..”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


Wednesday, 8 February 2012

NUR SI PENJUAL TEMPE

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin..


Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. Allah breaks our heart to make us whole. Allah sends us pain so we can be stronger. Allah sends us failure so we can be humble.  Allah sends us illness so we can take better care of ourselves. Allah takes 'something' away from us so we can learn the value of 'everything' we have. Trust Allah & Love Allah. Whatever He does, is always the best for us.




“Nothing is permanent in this temporary world,
not even our troubles”

Ada sebuah kampung di Kampung Jawa. Di situ menetap seorang perempuan tua yang duduk keseorangan dikenali sebagai Nur. Nur sangat kuat beribadah. Pekerjaannya ialah membuat tempe & menjualnya di pasar pagi pada setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidupnya yang sebatang kara. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. 

Pada suatu pagi, seperti biasa ketika Nur sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. 

Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Nur berasa amat sedih kerana tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku & tiadalah rezeki buatnya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, Nur yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah SWT dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Allah SWT tiada yang mustahil. Lalu Nur mengangkat kedua tangannya sambil berdoa,

“Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Ilahi,
aku memohon kepada-Mu agar kacang soya ini menjadi tempe.
Amiin Ya Rabbal Alamiin.."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Nur sangat yakin bahawa Allah SWT pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang Nur menekan-nekan bungkusan tempe dengan hujung jarinya & dia pun membuka sedikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya.

Nur tidak putus asa sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka Nur pun mengangkat kedua tangannya semula & berdoa lagi,

"Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Wahhab, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,
Amin Ya Rabbal Alamiin.."

Dengan penuh harapan & debaran Nur pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu & kecewa apabila tempenya masih tetap begitu! 

Sementara itu, hari pun semakin meninggi. Sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum dimakbulkan Ilahi. Walaubagaimanapun, kerana keyakinannya yang sangat tinggi, Nur bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Nur berserah pada Allah & meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. 
Sebelum keluar dari rumah, Nur sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa,

"Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Aziz,
aku percaya bahawa Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku. Jadikanlah tempe ini.
Amin Ya Rabbal Alamiin.."



Lalu dia pun berangkat ke pasar. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya & menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. 

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya & melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi! Nur terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa & putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Nur menangis & hilang pertimbangan. Kerana terlalu kecewa & putus asa, Nur berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang & pasar sudah mulai sepi. Para pembeli sudah mulai kurang.

Nur meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe. Tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, 

“Bismillahirrahmanirrahim 
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim, 
berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini. 
Amiin Ya Rabbal Alamiin.." 

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya. Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." 

Nur termenung & terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya, 

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi.
Biarlah tempe ini seperti semula, 
Amiin Ya Rabbal Alamiin..” 

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya Nur, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya & bersyukur pada Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya Nur pada ketika itu. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, Nur sempat bertanya wanita itu, 

"Maaf ya. Mengapa puan hendak membeli tempe yang belum menjadi sedangkan selama saya meniaga berpuluh-puluh tahun, tidak pernah ada sesiapa yang mahu membeli tempe yang masih belum menjadi sepenuhnya?" 

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi & rasanya pun kurang sedap. 
Nur kehairanan & berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah Ya Wahhab. Maafkan aku, Ya Ghaffur. Aku khilaf...

Allah akan mengurniakan kepadamu apa yang kau perlukan & bukan apa yang kau inginkan kerana tidak semestinya apa yang kau inginkan & apa yang kau cita-citakan itu baik buatmu dunia akhirat..


“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun,
akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri..”
(Yunus 10:44)


"Don't think you're the best planner because Allah SWT knows everything more than anyone else.
Just be grateful & pray the best for your life for this world & hereafter :)