Pages

Wednesday, 8 May 2013



Bismilillahirrahmanirrahim
*tulisan ini adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup, mati ataupun yang belum lahir lagi*

Aku akan terus menulis
Dan berangan-angan moga apa yang aku nukilkan mampu memberi jentikan dengan izin Allah
Biarlah tak banyak
Sedikit pun takpe
Asalkan apabila aku pergi nanti
Ada sesuatu yang aku boleh tinggalkan buat sahabat-sahabat yang aku cintai
Aku miskin harta
Tiada yang mahal & berharga dapat aku tinggalkan sebagai kenang-kenangan buat sahabat-sahabat yang aku cintai kerana Allah
Cukuplah tulisan aku yang serba-serbi carca merba ini..


Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar r.a.hu merupakan manusia yang paling tinggi mertabatnya dikalangan para sahabat. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukannya yang utama diantara penguni-penghuni syurga yang maha mulia.

Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Nama Abu Bakar akan diseru daripada segenap pintu syurga & dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya."

Namun demikian perasaan takutnya kepada Allah s.w.t. tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi sebatang pokok yang ditebang & dijadikan kayu api" Kadang-kadang dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."

Pada suatu hari dia telah pergi kesebuah taman dimana ia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung! Sungguh bertuah kamu. Kau makan minum & bertebangan dibawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan Aku ingin menjadi seperti engkau,wahai burung."

Rabi'ah Aslami r.a.hu telah bercerita:

"Pada suatu hari saya telah bertentangan dengan Abu Bakar. Semasa pertengkaran itu berjalan, dia telah mengeluarkan sepatah perkataan kesat terhadap saya. Dengan serta-merta itu juga, dia telah menyedari akan kesalahannya itu lalu berkata: "Wahai saudara, gunakanlah perkataan itu terhadap saya sebagai tindakan balas."

Saya enggan berbuat demikian. Dia menggesa-gesakan saya supaya menggunakan perkataan kesat tadi & berkata hendak merujukkan perkara itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Saya tidak juga mahu mengalah. Dia lalu bangun lalu meninggalkan saya. Beberapa orang ahli dari puak saya yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orangnya, dia yang melakukan kesalahan & dia pula mengancam hendak mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Saya dengan segera menyampuk: " Kamu tahukah siapa dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi Muhammad s.a.w & menyinggung Nabi Muhammad s.a.w. bererti menyinggung Allah s.w.t., kalau perbuatan aku menyinggung Allah s.w.t., siapakah gerangannya yang akan menyelamatkan aku?"

Saya pun bangun lantas pergi menghadap Nabi Muhammad s.a.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w. saya bercerita apa yang telah berlaku. Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Keengganan kamu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya, tetapi untuk mengeluarkan penderitaan batinnya, kamu sekurang-kurangnya dapat berkata: "Semoga Allah s.w.t mengampuni kamu wahai Abu Bakar."

Begitulah takwa yang telah dipertunjukkan oleh Abu Bakar. Keengganannya menerima pembalasan dialam akhirat menyebabkan dia memaksa Rabiah Aslami supaya mengambil tindakan balas terhadapnya. Kekesalannya & penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu sedemikian rupa sehingga dia sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan harapan Nabi Muhammad s.a.w. dapat menolong. Bagaimanakah pula perasaan kita, ummat Islam kini selepas melakukan kesalahan yang seperti diatas? Kita seringkali melakukan kesalahan tanpa perasaan takut akan pembalasan sama ada didunia atau pun diakhirat nanti.

Source: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/kisahbagindarasulullahsaw.htm



Kegembiraan sahabatku pengubat pedih kedukaanku
Kejayaan sahabatku penawar suram kegagalanku
Kebahagian sahabatku penyembuh keresahanku
Senyuman sahabatku penghapus sakit kesedihanku saat aku sedang diuji

Aku ketepikan selaut kedukaan tatkala bersama dia kerana aku yakin akan aku temui kegembiraan disebalik riang wajahnya
Aku padamkan sebak kegagalanku disebalik seri wajah kejayaannya kerana kejayaan dia adalah kejayaanku jua
Aku lupakan keresahanku pabila disampingnya kerana aku pasti akan aku temui kebahagian dalam senyum tawanya
Aku hapuskan kesedihanku ketika bersamanya kerana aku tahu senyumannya asbab ketenangan hatiku

Aku hargai setiap detik bersamanya kerana aku tidak tahu, siapa tahu & hanya Allah yang tahu mungkin itu adalah detik pertemuan yang terakhir di antara kami

Mungkin kita berlainan pendapat, minat, makanan kegemaran, warna favourite, pasangan idaman, tudung kesukaan
Tetapi kita seakidah
Ukhuwwah kita berpaksikan cinta Ilahi

Aku tahu aku bukan sahabat yang diidam-idamkan oleh seorang sahabat
Kadangkala terasa kerdil bila berada disampingmu
Kerana aku tahu kau adalah sahabat yang terbaik

Aku selalu berdoa moga dikurniakan sahabat-sahabat yang solehah kerana aku bukan sesolehah yang disangka
Sepertinya aku tak malu kan?
Tetapi aku juga mahu seperti mereka
Aku termimpi-mimpi untuk bersama mereka di syurga kelak
Allah..
Indahnya..

Sesungguhnya sahabat-sahabat yang aku kenali sejak aku bernafas di atas bumi ini adalah jawapan dari Dia buat doaku
Allah takdirkan mereka hadir dalam hidupku
Ya!
Mereka adalah sahabat yang ditakdirkan Allah untuk membiaskan kebaikan kepadaku
Alhamdulillah

Tidak lebih yang aku minta, sahabatku
Hanya
Jangan dilepaskan tanganku meskipun aku tersadung terlanggar bendul di jalanan
Aku takkan mampu lagi bersama-sama mengatur langkah kaki kiri kanan bersama-samamu seperti mereka yang sedang bercinta di taman bunga tulip andai tangan aku terlepas dari genggamanmu

Sahabatku
hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikanmu kepadaku
banyak cacat cela yang terpalit pada aku
tetapi kau tetap setia bersama kekurangan & kecacatan yang ada
Maafkan aku kerana aku bukan sahabat yang terbaik
Maafkan aku kerana aku bukan sahabat pilihan
Maafkan aku kerana banyak lagi hak & tanggungjawab sebagai seorang sahabat yang masih belum sempat untuk aku lunaskan
Maafkan aku..


Satu kisah ketika Rasulullah s.a.w duduk bersama sahabat, datang seorang musafir & mengadu pada Rasulullah.

“Ya Rasulullah, aku sangat lapar & penat”.

Maka Rasulullah s.a.w. pulang bertanya kepada isteri-isteri baginda. Namun hampa, tiada makanan di rumah Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah bertanya pada sahabat,

“Siapakah di antara kamu mahu memberi makan kepada sahabat ini, moga-moga Allah merahmatinya.”
Maka bangun Abu Thalhah menyahut Rasulullah s.a.w.,walaupun dia miskin. Sampai di rumah, maka bertanya Abu Thalhah kepada isterinya, Ummu Sulaim.

“Adakah makanan di dapur untuk saudara kita ini?”

Maka jawab Ummu Sulaim,
“Ada, tetapi cukup-cukup untuk anak-anak.”

Jawapan agung Abu Thalhah inilah yang akhirnya menyebabkan beliau menjadi insan yang luar biasa, lain dari kita yang penuh dalam diri kita sifat selfish, egois..
‘Tidurkanlah anak kita, tutupkan lampu & berilah makanan kepada musafir tersebut. Kita berlapar malam ini.“

Subhanallah! Begitu hebat itsar sahabat walaupun dengan orang yang langsung tidak dikenalinya!

Keesokan hari Rasulullah s.a.w berjumpa dengan Abu Thalhah, beliau bersabda,
“Sungguh Allah sangat gembira (tersenyum) menyaksikan perbuatan anda berdua”.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Rasulullah S.A.W juga ada berpesan kepada kita dalam ketentuan menentukan IMAN dengan menggunakan “indicator” ukhuwah. Sabda baginda S.A.W. yang mathumnya,

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”

(Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)

Source: http://qalamathwar1413.blogspot.com/2012/03/ada-apa-dengan-ukhuwah.html

Ummu Darda' rha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

"Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: 'Dan bagi kamu seperti apa yang kamu pinta untuk saudaramu' "(Riwayat Muslim no 2732)
"Kita akan rasa peritnya ketiadaan & sakitnya kehilangan kerana terlambat menghargai manisnya kehadiran seorang sahabat."



Sincerely,
Friend

6 comments:

AzieYanz Rahim said...

saya rindukan seorang sahabat..

Al-Munawwarah said...

Teruskan berdoa untuk sahabat-sahabat kita. Saya menulis dalam keadaan saya terlalu rindu akan sahabat-sahabat saya. Moga Allah mempermudah urusan mereka hingga ka akhirnya. Amiin ya Allah =)

Syazana said...

touching baca kisah ini . mohon share ya .

Kiara Kekkaishi said...

mohon share..tq

Al-Munawwarah said...

Ambil je apa-apa yang ada. Tak perlu minta izin dari saya pun takpee. Sharing is caring. Caring is ukhuwwah. Ukhuwwah is loving! =)

miza.shazwani said...

mohon share ye ! semoga Allah merahmati :)