Pages

Friday, 10 May 2013

TEPUK DADA JANGAN BANGGA. CUBIT DIRI BIAR TERASA.


بسم الله الرحمن الرحيم

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

"If you are not planning your future & vision, then ultimately someone else is."- Sheikh Tawfique Chowdhury

Sebelum ke'stress'an final exam menjengah, aku curi-curi sedikit masa untuk menulis entry kali ini. Segala apa yang ditulis dalam entry kali ini tiada niat walau selebar sayap nyamuk untuk menyentuh segala jenis sensitiviti, membangkitkan segala bentuk kontroversi. Jauh di sudut hati, aku hanya berniat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang dirahmati & dicintai oleh Allah sekalian apa yang terbuku dalam lubuk sanubari sejak dari dulu lagi. Cuma tak tahu nak luah macam mana. Alhamdulillah hari ini dipermudah Allah untuk menyusun ayat ;D

Segala yang baik, sebarkan seluas-luas yang mungkin. Apa-apa kesalahan atau kesilapan mohon jangan dihentam. Saya remaja dewasa baru belajar bertatih, minta tolong & mohon tunjuk ajar =)

Bismillahirrahmanirrahim..
*Aku menulis bukan atas dasar emosi tetapi berpaksikan atas konsep realiti. Hee*


Aku bertanggungjawab atas segala apa yang ditulis. Setiap manusia diciptakan dengan kepelbagaian personality dan mempunyai pendapat yang berbeza-beza & aku juga tidak mahu ketinggalan ambil 'port' di kalangan mereka walaupun aku tahu idea aku memang tak sebernas idea penulis-penulis lain. Haha

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki & perempuan & Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa & bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan & amalan kamu)."
[Al-Hujurat, 49: 13]

Aku melihat, kejatuhan akhlak di era ini. Kemunduran mentaliti. Dan kebimbangan itu kini kian memuncak tiada bertepi..

Aku risau. Aku bimbang. Aku gusar. Aku gelisah.
Jika anak muda ketika ini rosak akhlak, bagaimanakah kualiti pemimpin di zaman akan datang? Bagaimanakah persekitaran ketika anak aku membesar nanti? Anak kita nanti? Inginkan anak yang soleh & solehah? Apalagi?? Start dari sekarang sebelum kawin! Dari diri kita sendiri dulu. Baru awesome!
Tiba-tiba..
Oh, aku risau. Seribu kali risau..

Tatkala aku sibuk meniti alam remaja dewasa ini, aku melihat banyaknya masalah-masalah yang terjadi disekolah kini, jarang berlaku ketika aku masih di bangku sekolah semasa kanak-kanak hingusan berhingus dulu. Masalah yang tidak pernah aku bayang. Sangat serius. Oh, aku takut. Sejuta kali takut..

Dari pendapat aku yang serba-serbi gersang & tandus ini, semuanya mampu dipulihkan dengan izin Allah melalui kesedaran kita dari individu sendiri. Kalau setiap orang sedar & cakna, masalah ini Insya Allah dengan izin Allah akan selesai. Hapuskan ego! Sekali-kali, sama-sama kita jangan tuding jari kat orang lain. Jangan. Sekali-kali jangan. Allah tak ‘gemar’. Ingat yee. Allah tidak pernah 'gemar'..

“Jika kita ada kemahuan, Insya Allah, Allah tunjuk jalan.”
Generasi kini hilang identiti. Generasi kini hilang jati diri. Generasi kini kabur personaliti. Aku menangis sendiri kerana mungkin aku adalah salah seorang daripadanya. Aku tidak terkecuali. Siapa tahu? Aku tidak tahu tetapi sememangnya Allah sangat tahu. Allah Maha Arif & Maha Mengetahui..


Individu yang mengamalkan nilai-nilai Islam [Fardul Muslim]
Keluarga yang mengamalkan nilai-nilai Islam [Baitul Muslim]
Komuniti/masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai Islam [Mujtama’ Muslim]
Negara yang mengamalkan nilai-nilai Islam [Daulah Islam]
Setiap negara mengamalkan nilai-nilai Islam seterusnya membawa kepada seluruh dunia mengamalkan nilai-nilai, konsep-konsep & hukum hakam Islam [Khilafah Islamiyah]


Bukankah ianya sangattttt berkait rapat? Jika kita selaku individu sendiri tidak mengamalkan apa yang dituntut oleh Allah & Rasulullah s.a.w seperti yang tersurat di dalam Quran & Sunnah,
bolehkah kita dapatkan sebuah keluarga yang sa'adah? persekitaran yang sihat & makmur? apatah lagi yang seterusnya?

Tepuk dada, jangan bangga.
Cubit diri, biar terasa.

Siapa pun kita selepas ini
Walaupun dilantik sebagai ketua kelas,
ketua aspura/aspuri,
ketua kawasan perumahan setempat,
ketua rumah sukan,
ketua penyorak,
pengerusi kelab/persatuan,
pengarah segala bentuk program di kolej/universiti,
ketua keluarga,
ketua nasyid,
hatta pemimpin negara

Contohilah Rasulullah s.a.w & para Sahabat Baginda.
Celikkan mata hati, butakan mata egois.


Abu Bakr al-Siddiq, khalifah selepas Rasulullah s.a.w. Insan paling layak untuk menjawat jawatan tersebut. 
Namun beginilah ucapan pertamanya: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku”
(Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

***

..suatu hari pada tahun kemarau disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada rakyat. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat Khalifah ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:
“Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa”
(Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir)...

***

Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).


Analoginya:
Di dalam sebuah surau yang tenang, imam & makmumnya sedang menunaikan solat fardhu subuh 2 rakaat. Sedang imam mengalunkan surah Sajdah di rakaat pertama, imam tersalah bacaan. Makmum disebelah membetulkan bacaan imam tersebut. Tetapi, perlukah imam tersebut menoleh kebelakang & melihat siapa yang berusaha untuk membetulkan bacaan tersebut? Soal selidik  latar belakang makmum tersebut? Mengambil kira taraf hidup makmum tersebut sebelum meneruskan bacaan? Sekali lagi diingatkan,

Tepuk dada, jangan bangga.
Cubit diri, biar terasa.

Aku selalu terimpi-impi,
terbayang-bayang,
terangan-angan,
termenung-menung,
termengelamun
Kita hidup saling memahami antara satu sama lain tanpa perlu berburuk sangka. Bukankah bahagia?
Roh itu umpama pasukan tentera. Selepas saling mengenali, mereka berganding bahu. Tetapi, apabila mereka tidak saling mengenali, mereka berselisih faham. - Ummu Anas, 2013


Salam Jumaat!
#kiamatmakinhampir

Lets Mengislahkan diri!! :D

2 comments:

AzieYanz Rahim said...

sebak rasa hati..
diri ini masih punya ego sebenarnya..
hurm..

NUR SYAMIMI ATHIRAH BINTI ZUKRI said...

diri saya masih banyak kekurangan nya.. terima kasih atas perkongsian ini.. =)